THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 11, 2009

Menilai cinta pasangan anda

Kesetiaannya itu sebenarnya bukan dengan kata-kata manis sahaja,bukan dengan belai mesra bila si dia bersama anda tetapi ada beberapa perkara yang diperhatikan:

1)Setiap hari dia akan berusaha untuk menemui anda ,berbual dan bertanyakan khabar,jika tidak dapat bertemu pun si dia akan menghubungi anda dengan apa cara sekalipun,melalui telefon atau pun berkirim salam.

2)Menilai anda dari kacamatanya sendiri ,bukan dari kacamata kawan-kawan atau kaum keluarganya seperti ayah,ibu atau adik beradiknya.

3) Si dia meminati anda kerana diri anda ,bukan kerana harta benda anda dan keturunan anda.

4)Sering memerhatikan anda dan memberikan nasihat yang positif

5)Sentiasa mahu memahami masalah anda sama ada berat atau ringan dan sedia membantu anda walau dalam apa keadaan sekalipun

6) Setelah beberapa bulan sahaja anda berkawan dengannya,si dia sentiasa merancang hari depannya bersama anda,dia telah menunjukkan riak untuk memperisterikan anda.Anda akan sentiasa merasa bahawa si dia semakin hampir kepada anda,apapun yang dirancangnya untuk anda berdua bukan kerana sesiapa tetapi kerana masa depan anda berdua

0 comments: